04 Ogos 2011

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Dan Selamat Beramal...

Salam ramadhan buat semua...bulan yang barkah...sama2lh kita mempertingkatkan amalan di bulan yang mulia ni.
Kebelakangan ni,..Sibuk, menguruskan anak2, berkejar ke tpt keje, aktiviti luar yg memerlukan komitmen tinggi...(^_^)
Masa macam cemburu je ngn aku...terkejar2 ke sana ke mari.Anak2 pn komplen ibunye sentiasa busy...En. suami pun pandai perli2..huhuhu
Tapi sepanjang ramadhan ni InsyaAllah, sibuk ngn urusan rumah je kut...menjahit baju of kos! Nak deco rumah sikit2 untuk mood raye...hehehe ngn siapkan langsir mak sblm pos ke Sarawak.
Mood nk cuti raye lom ade gi tp kena amik cuti 2-3 ari coz nk bereskn semua jahitan ngn cat rumah...hehehe (ni benda penting time pose)
Semoga ramadhan kali ni membawa kebahagian buat kita...bersederhanalah dlm berbelanja dan ingatlh mereka2 yg kurang berkemampuan...

18 Julai 2011

Kehidupan dan Dugaan Hidup...

Hati...sabarlah dalam mengadapi dugaan...
Ya Allah, berilah aku kekuatan dalam menjalani kehidupan seharian, berilah aku kekuatan dalam menempuh setiap dugaan yang mendatang, kuatkanlah iman ku mengadapi cubaan yang kau berikan...
Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibubapaku, dosa suamiku, dosa anak2 dan adik beradikku...ampunilah dosa2 ku...berilah kami taufik dan hidayahmu Ya Allah...
Seandainya dugaan yang kau berikan ini menjanjikan satu hikmah disebaliknya, aku redha..ya Allah. Berikanlah kesihatan tubuh badan dan kesihatan fikiran...berikanlah keberkatan dalam keluarga kami...jauhkanlah kami dari godaan syaitan...
Ya Allah, kau telah tetapkan jodohku dengan suamiku...aku inginkan yang terbaik dan sempurna namun aku akur tiada kesempurnaan dalam setiap perhubungan...jagalah hatinya ya Allah, peliharalah perlakuannya ya Allah...sesungguhnya dialah nyawaku walaupun terdapat celanya dimana-mana...
Ya Allah...lindungi keluarga kami dari gangguan dan bisikan syaitan, lindungilah anak2ku dan sejahterakanlah mereka...jadilahkan mereka ank2 yang soleh dan solehah....amin ya rabbal alamin....

01 Julai 2011

Hari-hari yang terlampau sibuk...

Sebenarnya aku masih sempat on9, masih sempat telek2 blog kawan2 tp mmg x sempat langsung nk upload ape2 kt blog kebelakangan ni...line trouble,lembab giler, dan masa on9 yg x boleh nk dipanjang2kn....
Kat opis keje berlambak...semua tempat bz pasal Perhimpunan Bersih...dan aku salah sorang kena monitor perkembangan terkini...huhuhu.cam org kuat je.tp ape boleh buat, bidang keje mmg ke arah tu....dan aku x paham kenapa kena ade perhimpunan ni yg rata2 kita tau mencemarkan imej malaysia...dengan perhimpunan bantahan la, ngn berkumpul ramai2 la smp sesak jalan dan mengganggu perjalanan kerja org lain...kenapa agaknya malaysia sekarang makin pelik2 rakyatnye??
Weekend pn kena keje...dan aku x bcadang nk bwk anak2 kuar mana2 since masih keadaan mcm nih.Seram gak tgk org sana sini berkumpul x tentu hala...konon2 nk pertahankan kebenaran la,,,nak prtahankn hak rakyat la.....huhuhu. Kadang2 smp x sedar yang niat tu dh menyimpang ngn niat asal...
No wonder la kite tgk sekitar, ade yg pandai bercakap, pandai berceramah tp x pandai nk bersabar....

23 Jun 2011

Welcome Back...

Aduih!!! Ni betul2 lama x jengah blog...bersawang dh blog ku ni...
Betul2 busy ngn kerje...cuti yg x brp nk cuti...tp xpe, aku akan uploadkn jugak ape yg terdaya aku amik sebulan 2 ni....

25 Mei 2011

AiRPoRt SeNai...WiTh loVe



 Ni la kawan baik ku....
Bersama Debra n her family kt airport masa anta mak ngn bapak die blk...22/5/2011.

Busy Mode...

Dalam seminggu ni mmg bz sesangat...kt opis, keje blambak. Reten pn belambak...semua keje kena URGENT!...
Hati, sabar la...mcm2 kerenah berlaku kt tpt keje. So far, belum lagi la aku ni kena marah tp SERAM tgk boss mrh org lain...huhuhu.
Bila dh blk rumah mcm dh penat jer...tp sbb anak2, aku gagahkan jugak kuar jalan2. Yang sulung nk tambah hamster,dh sibuk bgtau duit yg die collect dh cukup.>_<
Kakak pulak seperti biasa la, time nk periksa kt skolah ade je benda xde...mesti nk beli baru.
Adatlah kn, budak2 mmg mcm tu.
Sebenarnya, aku suka layan kerenah anak2 drp layan kerenah org lain yg merapu2 kt tpt keje...dgn anak2, aku boleh realese tension...tgk muke dieorg jer dh hilang penat...walaupun letih melayan ragam dieorg.

16 Mei 2011

Hadiah Hari Ibu Dari Anak2 ku...

Pengertian hari ibu...hanya anak2 yg faham...Selamat hari ibu buat ibu ku tersayang...n3 ni lambat tp dh wish dh kt emak.2-3 ari ni line lembab giler...so aku buat n3 lmbt la ni...

Yang ni Muhd Ridwan bagi....Tq my dear! Dapat coklat,die kata cikgu kt sekolah jual!
 Ni Kad Ucapan yang Muhd Ridwan buat sendiri...hehehe,nice! Comel! (aku tau anak bujangku ni x gemar melukis!)
 Ni hasil tangan anak dara ku...cantik sgt! Die ni mmg minat melukis! Tq dear...ibu suke sangat!
 Ayat2 yg die tulis mmg jujur sgt!...hihihi, pas ni kalau ayah die nmpk mmg sah la aku kena kutuk!
 Tada....dua2 cantik, hasil kreatif anak2 ku...terharu sgt bila dihargai! Hilang penat lelah selama ni....
Anak2 ku ade cara tersendiri sambut hari ibu...senyap2 letak kad ucapan dlm bilik atas meja solek aku...huhuhu...tq,tq,tq my little sweetheart!

11 Mei 2011

Cara Buat Resume...(huhuhu, cam nk carik keje baru la pulak)

Hehehe...ter'excited' pulak bila dengar adik dpt temuduga nk keje goment....macam aku dulu2 la pulak...so aku terangkn serba sedikit cara nk wat resume...huhuhu, and of coz aku jugak yg kena wat kn...mintak 2 la dpt keje tu....mmg aku selalu doakn adik2 ikut jejak langkah aku...


so, ni serba sedikit yg aku cari kt online untuk panduan kengkawan ngn aku sndiri....

Cara membuat resume


Bilangan muka surat
Muka surat memainkan peranan penting dalam menghasilkan resume yang dikehendaki sesebuah syarikat. Ada sesetengah syarikat hanya mahukan resume yang pendek, namun ada juga sesetengah syarikat yang lebih cenderung kepada resume yang panjang dan terperinci. Namun pada hakikatnya, seseorang pembaca atau penemuduga hanya memerlukan seminit sahaja untuk membaca segala isi resume itu. Jadi resume perlulah ringkas dan padat. Resume yang terlalu panjang menyebabkan pembaca tidak menghiraukan isi yang panjang dan akan menyebabkan pembaca terlepas isi – isi yang mungkin penting. Resume yang disarankan tidaklah melebihi dua muka surat .
Gambar
Di Malaysia , ia menjadi amalan kepada syarikat – syarikat mengkehendaki gambar disertakan dalam resume. Sebenarnya gambar merupakan persepsi awal seseorang pembaca itu mengenai individu tersebut. Gambar yang memiliki ciri – ciri kemas, ceria dan bersemangat lebih menarik perhatian pembaca. Kebanyakan pemohon – pemohon gagal meletakkan gambar yang menepati ciri – ciri itu dan menyebabkan pembaca mempunyai persepsi yang kurang elok terhadap pemohon.

Maklumat peribadi
Maklumat peribadi perlulah diisi bersesuain dengan kerja yang dipohon. Sekiranya kerja itu memerlukan ketinggian dan berat yang tertentu, perlulah pemohon meletakkannya. Namun kebanyakkannya, perkara tersebut tidak dititik beratkan dalam proses pemilihan. Apa yang paling utama adalah nama, alamat, nombor telefon, emel, faks dan sebaginya. Perkara – perkara lain seperti jantina, agama dan seangkatannya adalah tidak perlu kerana ianya boleh diketahui hanya dengan gambar dan nama. Dinasihatkan, sekiranya resume anda lebih dari satu muka surat , perlulah meletakkan nama anda pada setiap helaian seperti di header.

Tujuan
Perkara yang paling penting tetapi biasanya diabaikan oleh para pemohon. Biasanya syarikat yang dipohon itu gagal mengenal pasti tujuan yang dimahukan pemohon. Tujuan yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan jawatan yang dikehendaki. Pemohon perlulah memperincikan jawatan yang dikehendaki agar syarikat itu boleh meletakkan titik timbang tara bagi menilai pemohon itu. Anda tidak perlu segan untuk meletakkan jawatan yang diidamkan dan bersesuaian dengan kelayakkan anda.

Pendidikan
Pendidikan yang dimaksudkan adalah pencapaian akademik yang diperolehi anda. Tidak perlu anda meyelitkan keputusan PMR dan UPSR anda kerana ianya tidak diperlukan dalam penilaian syarikat yang dipohon. Mungkin anda boleh meletakkan keputusan SPM anda dengan sekadar berapa A dan sebagainya yang diperolehi. Apa yang paling penting dalam ruang ini adalah pencapaian anda di universiti. Letakkan kelulusan anda serta nilai CGPA yang diperolehi anda. Untuk lebih jelas, letakkan nilai CGPA setiap semester.

Aktiviti dan anugerah
Segmen ini hendaklah diberikan perhatian kerana ianya melambangkan diri anda. Senaraikan aktiviti – aktiviti luar anda serta jawatan yang disandang. Sekiranya terlalu banyak aktiviti yang anda sertai, letakkan beberapa yang terbaik sahaja. Jangan malu untuk meletakkan aktiviti yang biasa walaupun hanya sekadar penyertaan sahaja. Ia melambangkan usaha anda untuk mencuba. Selain itu, pengiktirafan anda dalam bidang akdemik mahupun kokurikulum perlulah disenaraikan dalam ruang khas. Senaraikan segala anugerah yang releven yang pernah dimenangi anda. Ia adalah mata bonus untuk anda dalam saingan pemilihan pertama.

Kemahiran dan kursus
Sekiranya anda ada menyertai kursus – kursus yang berkaitan dengan kerja yang dipohon, hendaklah anda menyenaraikannya. Kursus – kursus ini akan menarik lagi hati majikan untuk menemuduga anda kerana anda mempunyai kelebihan dari segi itu. Jangan lupa untuk meletakkan sekali nama penganjur kursus tersebut kerana ianya melambangkan kualiti kursus yang anda ikuti. Jika anda memang mempunyai kemahiran tersendiri, jangan segan silu untuk menyenaraikannya kerana ianya jarang dimiliki oleh orang lain.

Kebolehan dan kelebihan
Kebolehan anda merupakan aspek yang dinilai oleh majikan. Kebolehan anda untuk melakukan sesuatu menjadikan syarikat itu lebih berminat dengan anda. Selain itu, kelebihan anda pula perlulah benar – benar ada pada anda. Jangan melakukan pemalsuan mengenai perkara ini kerana pembaca mampu menilai anda dari segi pencapaian anda. Kelebihan – kelebihan seperti soft skill adalah sangat penting bagi seseorang pekerja yang mampu membuahkan hasil untuk syarikat tersebut.

Pengalaman
Pengalaman kerja melihatkan betapa bernilainya diri kita. Seseorang yang memiliki pengalaman yang banyak dalam pekerjaan dan berkaitan dengan kerja yang dipohon lebih dipandang oleh syarikat. Oleh itu, senaraikan pengalaman anda dan syarikat yang anda kerja itu. Tetapi biarlah pengalaman itu bersesuaian dengan kerja yang dipohon. Pilih pengalaman yang betul – betul boleh menonjolkan kualiti diri anda.

Gaji
Sesuatu yang sukar diletakkan kerana ianya bergantung kepada kualiti dan jawatan anda. Permintaan gaji yang terlalu tinggi boleh menyebabkan anda gagal melepasi sesi berikutanya. Namun, permintaan gaji yang terlalu rendah mungkin boleh merugikan anda kelak. Jadi, perlulah menyelidik terlebih dahulu mengenai gaji pokok syarikat terbabit yang selaras dengan kerja yang dipohon.

Rujukan
Rujukan perlulah sekurang – kurangya dua orang. Orang yang dijadikan rujukan mestilah bukan saudara mara. Ia hendaklah yang mempunyai jawatan yang baik dan tinggi. Rujukan ini boleh memperkuatkan lagi kelayakkan anda untuk dipilih temuduga. Letakkan maklumat seperti nama, nombor telefon, emel, faks, jawatan dan alamat.

***Artikel disediakan oleh Portal Jawatan Kosong Malaysia

07 Mei 2011

Resepi Hari Ni...PuDiNg KaRaMeL....

Puding ni aku buat sendiri...sedap dan simple utk santapan keluarga...

Puding karamel
1 tin susu cair
1 tin telur ayam - kalau pakai saiz A dalam 7 biji
1 tin air
4 sudu besar gula pasir
1 tsp vanila
1 tbsp tepung kastard

Note: Pakai tin susu cair yang digunakan untuk menyukat. 

Untuk buat karamel: 

6 tbsp gula pasir
sedikit air
(dlm 3/4 cwn jer)
* Masak gula sehingga kekuningan dan tuangkn sedikit air dalam periuk hingga gula cair dan bertukar jadi warna kuning keemasan. Ketepikan. 
  1. Didihkan air dlm pengukus. Ikat tutup kukus dgn kain.(ni supaya air x jatuh kt puding dan blubang cam jerawat)
  2. Kacau air dan gula pasir dalam bekas. Pastikan gula hancur.(nk senang blend je gula yg dh disukat td)
  3. Masukkan susu, telur, vanila dan tpg kastard. Kacau perlahan dan rata.
  4. Tapis adunan kedalam loyang karamel.(kalau x tapis nti puding bketul2)
  5. Masukkan dalam kukusan bila air kukusan mendidih.
  6. Kukus selama 20 minit.
Hidangkan sejuk.Telangkupkan dlm pinggan dan warna kekuningan bhgn bwh tu ke atas, br nmpk cantik cm dlm gambar tu.


Selamat mencuba....

SABTU...

Weekend tp budak-budak sekolah ganti...tinggal la aku ngn si adik kt rumah. Ermmm...sunyi gak bila anak2 xde kt rumah.Selalu, aku yg tiggalkan mereka sbb g keje tp ari ni diaorg plk kena skolah ganti. Hubby lak baru abis keje n mbuta kt dlm bilik...jd, aku layan la si kecik tu...ragamnyer kekadang buat aku geram.Ape yg aku taip dh nk siap utk n3 tp memandai lak budak kecik ni delete....huhuhu.

Khasiat Ayat Kursi

HARI NI NAK KONGSI ILMU SIKIT...UNTUK AMALAN KITE SEMUA....
1.                Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
2.                Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
3.                Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
4.                Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
5.                Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
6.                Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
7.                Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
8.                Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
9.                Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
10.              Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

03 Mei 2011

Dah Mula Keje...

Ari ni dh start keje...huhuhu...malas rasenye, dh 3 ari cuti.
Rasa mcm panjang je masa kt opis nih...lunch time buat la n3 sikit2 sambil tunggu delivery yg di order kt budak restoran tu...hihihi.Malas punya pasal, nk g makn pun malas.Tp perut ni nak kena isi jugak, sbb tu order je...pas ni nasik sampai br makan.
Xde byk benda nk cite ari ni...keje blambak.Dan penting, mood nk bcerite lom smp g...tgu ade cite menarik br sisipkn skali kt sini. Keje mmg keje tp masa rht, kite rhtkn diri.
Cuma aku berharap... cerita hari esok aku BEST! Aku selalu doakan perjalanan hidup aku dan familyku sentiasa dirahmati olehNya...Amin.

30 April 2011

ANAK KU DISENGAT LEBAH...

Weekend mcm ni, aku abiskn masa ngadap pc n buat n3 kt blog...tetiba anakku si 'abg' blk rumah sambil bkerut muka...ape dah jadi? Pastu die terus nangis bagitau kena sengat lebah....adoi! Terkejut beruk aku!



Panik la jugak dibuatnye...nasib baik la tgh bukak internet.Dalam panik2 tu, sempat jugak cari info tentang penawar sengatan lebah....actually,kalau x mjadik jugak...aku nk g je klinik.
Nasib baik dh ok sikit lepas aku letak ketulan ais,bisa sengatan tu aku dh picit.!
N also i ikut this petua:
Caranya:-

1. Baca Al Fatihah 7 kali / Al Ikhlas 3 / 7 kali 
2. Ludah di kawasan yang disengat. 
3. Sapu dengan niat penyembuhan, InsyaAllah

Dalil:

Hadith Riwayat Abu Said al Khudri:

Beberapa orang sahabat Rasululah SAW bermusafir dan terserempak dengan sebuah kabilah yang mana penghulunya terkena sengatan ular atau binatang berbisa. Setelah diminta salah seorang sahabat berikhtiar dengan membaca 7 kali Fatihah dan meludahkannya di tempat yang terkena sengatan. Akhirnya penghulu tersebut sembuh dan para sahabat dihadiahkan dengan 30 ekor kambing. Apabila pulang mereka bertanya kepada baginda akan tindakan mereka itu. Maka Rasulullah SAW membenarkan tindakan mereka tersebut. Hadith ini adalah Riwayat Muslim.

Sekitar April....

 SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 2011




29 April 2011

SEHARI DI HUTAN BANDAR....



 MUHD RIDWAN
 MUHD ADHA
 AZMANIZA




TENSION...X BOLEH NK MANDI

Aktiviti Hujung Minggu...


















18 Mac 2011

Bosan Tahap "Gaban"

Baru nk layan fb, line mcm x ok je...out la.apa lagi....ntah la, line x ok ke atau fb skrg very the bz...huhuhu. Abis, semua org asyik layan fb...lama2 kondem gak line die kut! Ari ni aku layan blog aku je...sambil tgk2 blog kawan2...lagi best.
Tapi sebenarnya, baik aku layan blog je dr layan fb...sambil2 tu boleh tulis ape yg aku rasa nk luahkan.Personal sikit sebab org susah nk baca kalau x tau alamat blog kite.Nak ngumpat pun boleh sbb jrg org tgk...hahaha...cuma tambah dosa kering la.Tapi, hari ni x brp ok jgk....

17 Mac 2011

HaPpY BiRtHdAy To mY DeAr HubBy...

Ari ni birthday my hubby...semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa diberkati Allah selalu. Belum prepare ngn adiah pn...huhuhu.Tunggu dh gaji, boleh?...
Tapi...ape-apepun, harap2 sentiasa berbahagia hidup kita sekeluarga.I love u much...love u more and love u till the end!

13 Mac 2011

Start Cuti Sekolah

Jumaat lepas dah start cuti sekolah...Abg ngn kakak dh mula tanya nk pegi mana?Kesiannye dieorg sebab aku xde cuti.So, aku cakap kt abg ngn kakak akan ganti untuk next school holiday bulan JUN...huhuhu.Nasib baik anak2 boleh faham tp aku nampak muka abg berubah sikit bila aku cakap xleh nak jalan2 luar JB...of coz aku nk bwk dieorg kuar jalan2 tp tuntutan kerja jd penghalang...
This weekend lak ade Jom Heboh kat Danga Bay....tp seperti yg kite sedia maklum,bukan mudah nk mengharungi jalan ke situ...aku x suka jem!Lagi x suka kalau xde parking...member suggest kn aku naik motor...huhu...x tbuat aku wei!Aku ni spesies sayang nyawa...Ade jgk abg ngn kakak nyebut pasal Jom Heboh tp aku rasa aku dah explain kt dieorg betul2 kut betapa susahnye nk menghala ke situ...Huh! Aku duk JB...aku tau betapa susah nk lalu jalan jem setiap hari.
Tapi aku akan pastikn dieorg tetap happy cuti sekolah 1 minggu ni.xpe, aku boleh bawak jalan kt tpt lain...maybe time mlm,boleh gak kuar jalan2 sambil makan2.
Harapan ku, moga anak2 sentiasa faham dengan kerjayaku yang x menentu masa ni...demi mencari rezeki untuk mereka...amin!

KaSiH...KeKaSiH



Kasih...kekasih(suami +anak2).


Kadang2 aku keliru dengan kehidupan sendiri...kasih pada kekasihku. Bagaimana nk aku buktikn kasih sayang...xnampak di pandang tp mesti boleh dirasa.


Aku sayangkn anak2 dan suami seluruh kehidupan ku tp payah untuk aku tunjukkn dengan kata2. Mungkin kesibukan kerjaya mengundang jurang antara kita tp percayalah suamiku...aku sayang kamu sepenuh hati. Mungkin keadaan dan masa membuatkan kite seperti menjauh tp aku tetap sayangkn kamu dan anak2.


Aku sebenarnya tiada tempat untuk meluahkan perasaan yg terluka, perasaan yang kecewa...malah, luka dan kecewa itu aku ubat sendiri. Aku perlu kuat untuk semua...perlu jaga hati semua orang walaupun terlalu kerap aku sendiri terluka. Bagaimana nk aku terangkan, aku sayang kamu dan segala yang kita kongsi bersama? x cukupkh apa yang aku korbankan selama ini?


Aku x pernah mengharapkan kau, suamiku...untuk membaca apa yang tertulis tp cuma disinilh aku luahkan segalanya....aku malu seandainya kau tahu, insan seperti aku mengadu pada sesiapa. Dan, seperti biasa...seperti 10 tahun yang lalu....aku xkn pernah mengadu pada sesiapa. Semua aku pendam sendiri.


Di depan semua orang, semua rakan...aku tersenyum tp ada duka disebalik senyuman itu. Aku x pandai berkongsi cerita dan baru2 ini aku sedari, rupanya aku tiada teman rapat utk bercerita waimapun suamiku sendiri. Mengapa itu terjadi....


Suamiku, sekian lama mengenalimu...tiba2 aku tersedar, ada lagi yg aku tidak fahami tentangmu. Aku bukan meminta kekayaan dunia...aku x perlukan semua itu. Aku cuma minta keredhaan mu untuk mengharungi hidup. Dan sedikit perhatianmu untuk aku dan anak2...sedikit pun x mengapa.


Maaflah sayang, aku ini walaupun terluka, masih perlu terus bangkit untuk keterlangsungan hidup. Kadang2 aku rasa seperti nekad tp ada sesuatu menghalangku...dan aku tau, penghalang itu adalah "sedikit kasihmu" yang masih berada di benakku. Tp tiada kamu untuk ku kongsi kesedihan hati kala ini....

22 Februari 2011

Menghilang Dan Muncul Semula...

Hermmmm...kadang2 ade sesuatu bende yang boleh buat kite lupa...mcm aku ni, bila dh ade FB, lupa lak nk buat n3 kt blog.padahal itu la hobiku dulu2...
Tp start ari ni aku nk bmanja ngn blog ku yang dh lama menyepi ni...
Hidup x selalu ceria, x selalu sedih, x selalu gembira tp aku bersyukur sbb sehingga saat ini, Allah bagi kau peluang dlm semua perkara...Tahun mmg betukar ganti, kawan2 mmg datang dan pergi tp "kenangan" tu mahal...sampai bila2 xleh ditukar ganti.
Ade kenangan yang kite boleh kongsi, ade kenangan yg kite kena simpan sendiri...makin lama hidup, makin pelik2 kenangan ni kn? Tp aku syg sgt ngn semua kenangan hidup...x boleh nk putar balik masa tp sekurang2nya bila teringat sesuatu kenangan, aku boleh senyum sendiri....
so, adios! nti ade masa aku masukkn n3 yg menarik yang lain....