07 Mei 2011

Resepi Hari Ni...PuDiNg KaRaMeL....

Puding ni aku buat sendiri...sedap dan simple utk santapan keluarga...

Puding karamel
1 tin susu cair
1 tin telur ayam - kalau pakai saiz A dalam 7 biji
1 tin air
4 sudu besar gula pasir
1 tsp vanila
1 tbsp tepung kastard

Note: Pakai tin susu cair yang digunakan untuk menyukat. 

Untuk buat karamel: 

6 tbsp gula pasir
sedikit air
(dlm 3/4 cwn jer)
* Masak gula sehingga kekuningan dan tuangkn sedikit air dalam periuk hingga gula cair dan bertukar jadi warna kuning keemasan. Ketepikan. 
  1. Didihkan air dlm pengukus. Ikat tutup kukus dgn kain.(ni supaya air x jatuh kt puding dan blubang cam jerawat)
  2. Kacau air dan gula pasir dalam bekas. Pastikan gula hancur.(nk senang blend je gula yg dh disukat td)
  3. Masukkan susu, telur, vanila dan tpg kastard. Kacau perlahan dan rata.
  4. Tapis adunan kedalam loyang karamel.(kalau x tapis nti puding bketul2)
  5. Masukkan dalam kukusan bila air kukusan mendidih.
  6. Kukus selama 20 minit.
Hidangkan sejuk.Telangkupkan dlm pinggan dan warna kekuningan bhgn bwh tu ke atas, br nmpk cantik cm dlm gambar tu.


Selamat mencuba....

SABTU...

Weekend tp budak-budak sekolah ganti...tinggal la aku ngn si adik kt rumah. Ermmm...sunyi gak bila anak2 xde kt rumah.Selalu, aku yg tiggalkan mereka sbb g keje tp ari ni diaorg plk kena skolah ganti. Hubby lak baru abis keje n mbuta kt dlm bilik...jd, aku layan la si kecik tu...ragamnyer kekadang buat aku geram.Ape yg aku taip dh nk siap utk n3 tp memandai lak budak kecik ni delete....huhuhu.

Khasiat Ayat Kursi

HARI NI NAK KONGSI ILMU SIKIT...UNTUK AMALAN KITE SEMUA....
1.                Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
2.                Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
3.                Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.
4.                Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
5.                Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
6.                Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
7.                Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.
8.                Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.
9.                Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
10.              Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

03 Mei 2011

Dah Mula Keje...

Ari ni dh start keje...huhuhu...malas rasenye, dh 3 ari cuti.
Rasa mcm panjang je masa kt opis nih...lunch time buat la n3 sikit2 sambil tunggu delivery yg di order kt budak restoran tu...hihihi.Malas punya pasal, nk g makn pun malas.Tp perut ni nak kena isi jugak, sbb tu order je...pas ni nasik sampai br makan.
Xde byk benda nk cite ari ni...keje blambak.Dan penting, mood nk bcerite lom smp g...tgu ade cite menarik br sisipkn skali kt sini. Keje mmg keje tp masa rht, kite rhtkn diri.
Cuma aku berharap... cerita hari esok aku BEST! Aku selalu doakan perjalanan hidup aku dan familyku sentiasa dirahmati olehNya...Amin.