Hehehe...ter'excited' pulak bila dengar adik dpt temuduga nk keje goment....macam aku dulu2 la pulak...so aku terangkn serba sedikit cara nk wat resume...huhuhu, and of coz aku jugak yg kena wat kn...mintak 2 la dpt keje tu....mmg aku selalu doakn adik2 ikut jejak langkah aku...
so, ni serba sedikit yg aku cari kt online untuk panduan kengkawan ngn aku sndiri....
Cara membuat resume
Muka surat memainkan peranan penting dalam menghasilkan resume yang dikehendaki sesebuah syarikat. Ada sesetengah syarikat hanya mahukan resume yang pendek, namun ada juga sesetengah syarikat yang lebih cenderung kepada resume yang panjang dan terperinci. Namun pada hakikatnya, seseorang pembaca atau penemuduga hanya memerlukan seminit sahaja untuk membaca segala isi resume itu. Jadi resume perlulah ringkas dan padat. Resume yang terlalu panjang menyebabkan pembaca tidak menghiraukan isi yang panjang dan akan menyebabkan pembaca terlepas isi – isi yang mungkin penting. Resume yang disarankan tidaklah melebihi dua muka surat .
GambarDi Malaysia , ia menjadi amalan kepada syarikat – syarikat mengkehendaki gambar disertakan dalam resume. Sebenarnya gambar merupakan persepsi awal seseorang pembaca itu mengenai individu tersebut. Gambar yang memiliki ciri – ciri kemas, ceria dan bersemangat lebih menarik perhatian pembaca. Kebanyakan pemohon – pemohon gagal meletakkan gambar yang menepati ciri – ciri itu dan menyebabkan pembaca mempunyai persepsi yang kurang elok terhadap pemohon.
Maklumat peribadi perlulah diisi bersesuain dengan kerja yang dipohon. Sekiranya kerja itu memerlukan ketinggian dan berat yang tertentu, perlulah pemohon meletakkannya. Namun kebanyakkannya, perkara tersebut tidak dititik beratkan dalam proses pemilihan. Apa yang paling utama adalah nama, alamat, nombor telefon, emel, faks dan sebaginya. Perkara – perkara lain seperti jantina, agama dan seangkatannya adalah tidak perlu kerana ianya boleh diketahui hanya dengan gambar dan nama. Dinasihatkan, sekiranya resume anda lebih dari satu muka surat , perlulah meletakkan nama anda pada setiap helaian seperti di header.
Perkara yang paling penting tetapi biasanya diabaikan oleh para pemohon. Biasanya syarikat yang dipohon itu gagal mengenal pasti tujuan yang dimahukan pemohon. Tujuan yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan jawatan yang dikehendaki. Pemohon perlulah memperincikan jawatan yang dikehendaki agar syarikat itu boleh meletakkan titik timbang tara bagi menilai pemohon itu. Anda tidak perlu segan untuk meletakkan jawatan yang diidamkan dan bersesuaian dengan kelayakkan anda.
Pendidikan yang dimaksudkan adalah pencapaian akademik yang diperolehi anda. Tidak perlu anda meyelitkan keputusan PMR dan UPSR anda kerana ianya tidak diperlukan dalam penilaian syarikat yang dipohon. Mungkin anda boleh meletakkan keputusan SPM anda dengan sekadar berapa A dan sebagainya yang diperolehi. Apa yang paling penting dalam ruang ini adalah pencapaian anda di universiti. Letakkan kelulusan anda serta nilai CGPA yang diperolehi anda. Untuk lebih jelas, letakkan nilai CGPA setiap semester.
Segmen ini hendaklah diberikan perhatian kerana ianya melambangkan diri anda. Senaraikan aktiviti – aktiviti luar anda serta jawatan yang disandang. Sekiranya terlalu banyak aktiviti yang anda sertai, letakkan beberapa yang terbaik sahaja. Jangan malu untuk meletakkan aktiviti yang biasa walaupun hanya sekadar penyertaan sahaja. Ia melambangkan usaha anda untuk mencuba. Selain itu, pengiktirafan anda dalam bidang akdemik mahupun kokurikulum perlulah disenaraikan dalam ruang khas. Senaraikan segala anugerah yang releven yang pernah dimenangi anda. Ia adalah mata bonus untuk anda dalam saingan pemilihan pertama.
Sekiranya anda ada menyertai kursus – kursus yang berkaitan dengan kerja yang dipohon, hendaklah anda menyenaraikannya. Kursus – kursus ini akan menarik lagi hati majikan untuk menemuduga anda kerana anda mempunyai kelebihan dari segi itu. Jangan lupa untuk meletakkan sekali nama penganjur kursus tersebut kerana ianya melambangkan kualiti kursus yang anda ikuti. Jika anda memang mempunyai kemahiran tersendiri, jangan segan silu untuk menyenaraikannya kerana ianya jarang dimiliki oleh orang lain.
Kebolehan anda merupakan aspek yang dinilai oleh majikan. Kebolehan anda untuk melakukan sesuatu menjadikan syarikat itu lebih berminat dengan anda. Selain itu, kelebihan anda pula perlulah benar – benar ada pada anda. Jangan melakukan pemalsuan mengenai perkara ini kerana pembaca mampu menilai anda dari segi pencapaian anda. Kelebihan – kelebihan seperti soft skill adalah sangat penting bagi seseorang pekerja yang mampu membuahkan hasil untuk syarikat tersebut.
Pengalaman kerja melihatkan betapa bernilainya diri kita. Seseorang yang memiliki pengalaman yang banyak dalam pekerjaan dan berkaitan dengan kerja yang dipohon lebih dipandang oleh syarikat. Oleh itu, senaraikan pengalaman anda dan syarikat yang anda kerja itu. Tetapi biarlah pengalaman itu bersesuaian dengan kerja yang dipohon. Pilih pengalaman yang betul – betul boleh menonjolkan kualiti diri anda.
Sesuatu yang sukar diletakkan kerana ianya bergantung kepada kualiti dan jawatan anda. Permintaan gaji yang terlalu tinggi boleh menyebabkan anda gagal melepasi sesi berikutanya. Namun, permintaan gaji yang terlalu rendah mungkin boleh merugikan anda kelak. Jadi, perlulah menyelidik terlebih dahulu mengenai gaji pokok syarikat terbabit yang selaras dengan kerja yang dipohon.
Rujukan perlulah sekurang – kurangya dua orang. Orang yang dijadikan rujukan mestilah bukan saudara mara. Ia hendaklah yang mempunyai jawatan yang baik dan tinggi. Rujukan ini boleh memperkuatkan lagi kelayakkan anda untuk dipilih temuduga. Letakkan maklumat seperti nama, nombor telefon, emel, faks, jawatan dan alamat.
***Artikel disediakan oleh Portal Jawatan Kosong Malaysia